tapi awak masih teruskan hidup macam biasa…
Saya sedia bantu. Perlahan-lahan… ikut rentak awak ?
Hai, saya Intan. Saya fisioterapis yang fokus pada rawatan manual (tanpa mesin), untuk bantu pulihkan otot, sendi dan saraf — dari rumah awak sendiri.
Saya mula belajar fisioterapi sejak tahun 2013. Seawal tahun 2014 saya dah mula praktikal di hospital — dan sepanjang tempoh belajar tu, saya sempat berkhidmat di lebih 6 buah hospital.
Lepas tamat belajar, saya terus bekerja di beberapa pusat rawatan — termasuk pusat laser therapy dari US, pusat chiropractic di PJ, dan yang paling memberi kesan pada saya: sebuah pusat manual therapy di Setiawangsa.
Di situlah saya betul-betul mendalami rawatan tanpa mesin. Bekas ketua saya sangat berpengalaman — beliau bekas HOD hospital besar, dan memang dikenali ramai dalam dunia fisioterapi. Saya manage pusat rawatan dia selama 1.5 tahun, dan banyak teknik yang saya bawa sampai hari ini, saya belajar daripada dia.
Saya percaya rawatan yang baik perlu dibuat dengan tangan, fokus, dan rasa empati. Sebab tu saya pilih manual therapy — rawatan yang mungkin rasa agak “sakit sikit” masa buat, tapi hasilnya sangat melegakan. Pesakit saya selalu gelar rawatan saya sebagai “intense torture yang melegakan” ?
Saya mula buat home-visit selepas ibu saya jatuh sakit. Saya perlu luangkan masa di rumah. Sejak tu saya mula freelance, dan pesakit tetap saya di KL dan Selangor masih cari saya untuk rawatan. Walaupun saya kini tinggal di Kuching, saya masih balik setiap bulan untuk rawat pelanggan saya di sana.
Saya bukan jenis yang push atau buat cepat-cepat. Rawatan saya teliti dan ikut kemampuan badan awak. Kalau awak risau, kita boleh sembang dulu. Saya akan terangkan satu-satu.
Kalau awak masih bertahan dengan sakit, saya doakan semoga awak pulih satu hari nanti — satu langkah demi satu ? Dan kalau awak rasa dah bersedia untuk dapatkan bantuan… saya sedia bantu ?
Saya fokus pada rawatan manual therapy — satu pendekatan yang tak guna mesin, tak urut, tapi betul-betul fokus pada punca sakit dari otot, saraf dan sendi.
Rawatan ini sesuai untuk:
- ? Sakit belakang / leher / pinggang
- ? Saraf terhimpit / slip disc
- ? Sakit sendi (lutut, bahu, pergelangan)
- ? Ketegangan otot yang berpanjangan
- ? Masalah posture & pergerakan
Saya tak buat rawatan spa, urutan biasa, atau yang terlalu 'ringan'. Sebab pendekatan saya lebih kepada betulkan struktur, bukan sekadar hilangkan rasa sekejap.
Gaya rawatan saya mungkin rasa agak "ngilu" atau kuat sikit — tapi saya akan ikut tahap keselesaan awak. Kita akan bincang dulu sebelum mula.
Kalau awak dah cuba macam-macam tapi sakit masih datang balik, mungkin rawatan jenis ni lebih sesuai untuk awak ?♀️
Nak tempah rawatan dengan saya? Awak boleh terus isi borang di bawah — permintaan akan dihantar terus ke WhatsApp saya ?
Saya akan semak & hubungi semula untuk susun jadual yang sesuai ikut lokasi dan masa awak.
✨ Nota: Tempahan perlu dibuat sekurang-kurangnya 2 hari lebih awal.
Masa sebenar rawatan akan disusun semula oleh saya ikut jadual & lokasi.
Kita akan bincang lanjut selepas permintaan dihantar ?
Rawatan manual therapy ni bukan untuk semua orang – tapi kalau awak alami salah satu dari masalah berikut, insyaAllah rawatan ni boleh bantu.
Antara yang sesuai mendapatkan rawatan home-visit:
- ? Warga emas yang susah bergerak / letih nak ke pusat rawatan
- ? Pesakit strok, lumpuh separa atau susah bangun dari katil
- ? Individu dengan sakit belakang, lutut, sendi pinggul atau bahu
- ? Masalah saraf mencubit (sciatica), kebas, tegang, atau slipped disc
- ? Ibu mengandung atau lepas bersalin (rawatan ikut kesesuaian)
- ?♀️ Orang muda yang alami sakit kronik akibat postur, kerja atau kecederaan sukan
- ? Mereka yang dah cuba banyak tempat, tapi masih belum jumpa rawatan yang betul-betul berkesan
Saya akan buat penilaian awal dulu sebelum tentukan rawatan sesuai atau tidak. Kadang-kadang bukan semua perlu sesi panjang – kadang satu sentuhan pun cukup untuk lepaskan ketegangan.
Kalau awak tak pasti, boleh WhatsApp saya dan ceritakan sedikit keadaan. Tak perlu malu – saya akan dengar dan bantu dengan sebaik mungkin ?
Ini sebahagian daripada feedback yang saya terima dari pesakit sebelum ni. Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan yang berterusan ?
“Masa datang tu memang tak boleh jalan sangat, lepas sesi kedua rasa lega sangat. Cik Intan punya sentuhan tu lain macam. Terus tertunggu sesi seterusnya.”
– Puan F, Bangi
“Sakit belakang saya ni dah bertahun. Dah cuba macam-macam, tapi rawatan manual ni baru rasa kesan. Walaupun sakit masa rawatan, tapi rasa lega lepas tu. Worth it.”
– En. A, Setiawangsa
“Mak saya memang susah nak ke pusat fisio. Bila Cik Intan datang rumah, mak rasa selesa. Rawatan pun teliti. Terus sambung beberapa sesi.”
– Cik N, Nilai
“Saya ni jenis takut urut. Tapi cara Intan explain dan buat penilaian dulu buat saya rasa selamat. Rasa macam terapi fizikal yang betul, bukan urut biasa.”
– Puan Z, Kajang
Kalau awak pun dah pernah rasa perbezaannya, saya sangat hargai kalau sudi kongsi ulasan awak nanti ?
Saya buat rawatan secara home-visit — iaitu saya datang ke rumah pesakit untuk rawat secara terus.
Kawasan utama yang saya cover sekarang:
- ? Nilai, Putra Nilai, Desa Kasia
- ?️ Bangi, Bandar Baru Bangi, Kajang
- ? Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya
- ? KL (terpilih): Wangsa Maju, Setapak, Setiawangsa, Ampang
- ? Selangor (terpilih): Puchong, Shah Alam
- ?️ Kuching, Sarawak: Setiap bulan saya akan balik ke Kuching beberapa hari untuk rawat pelanggan tetap di sana
Kalau lokasi awak tak tersenarai tapi masih berdekatan, boleh je tanya dulu. Saya akan cuba bantu kalau jadual saya masih ada ruang ?
Untuk luar kawasan utama, mungkin ada sedikit caj tambahan untuk kos perjalanan – saya akan maklum awal-awal sebelum confirm booking ya ?
Beberapa soalan yang biasa saya terima daripada pesakit baru. Kalau awak masih ragu-ragu, boleh baca dulu. Kalau tak jumpa jawapan, awak boleh terus tanya saya ?
❓ Rawatan ni urut ke?
Tidak. Saya bukan tukang urut. Saya fisioterapis bertauliah, dan rawatan saya lebih kepada pemulihan fungsi otot, sendi dan saraf. Teknik saya gunakan tangan sepenuhnya (manual therapy), tapi bukan urutan biasa.
❓ Sakit ke masa rawatan?
Sedikit, ya. Tapi sakit yang “terkawal” dan saya akan explain dulu. Kebanyakan pesakit cakap, “sakit masa rawat, tapi lega lepas tu.” Saya akan ikut tahap keselesaan awak – kalau terlalu sakit, saya akan berhenti.
❓ Berapa lama satu sesi?
Biasanya antara 45 minit hingga 1 jam, bergantung pada keadaan pesakit. Saya akan fokus betul-betul dalam satu sesi, bukan rushing.
❓ Kena berapa sesi untuk sembuh?
Ia bergantung pada masalah & tahap badan awak. Ada yang perlu 1–2 sesi saja, ada juga yang perlukan 4–6 sesi secara berperingkat. Saya akan terangkan jangkaan rawatan selepas sesi pertama.
❓ Kalau saya tengah mengandung, boleh buat rawatan?
Boleh – tapi saya akan nilai keadaan awak dulu. Ada teknik khas untuk ibu mengandung, dan kita akan fokus pada bahagian yang selamat sahaja.
❓ Awak sediakan resit ke?
Ya. Resit boleh disediakan atas permintaan untuk simpanan atau tuntutan insurans (jika layak).
Dah bersedia nak mula rawatan? Atau nak tanya dulu? Saya sedia jawab dan bantu ikut kemampuan badan awak ?
Awak boleh terus klik butang di bawah untuk sembang di WhatsApp — atau gunakan borang tempahan kalau nak terus pilih waktu rawatan.
Atau scroll ke atas ➝ tekan "Cara Tempah Rawatan" untuk isi borang automatik (LajuBooking™).